<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1106208503302881135\x26blogName\x3dIni+Adalah+Aku\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://aku-kay.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://aku-kay.blogspot.com/\x26vt\x3d4596330813943597730', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Saturday, November 14, 2009

♥ aku dan kegilaan


Malam tadi aku tido lambat. da subuh baru dapat lelap mata.
macam biasala kalau da namanya pungguk. itu perkara biasa dalam hidup aku. tapi yang ajaibnya. belum pun pukul 10 pagi aku da garu2 kepala kat katel tak bole nak lelapkan mata semula. musykil aku. nak kata aku set jam. tak pulak. nak kata aku da berubah. haha! korang pk la sendiri. last2 aku guling2 je kat katel kesayangan aku. mata aku terasa macam terperosok ke dalam. sakit. tak tau la kenapa.

Perut aku masa tu tak amik masa yang lama untuk memulakan mogok derhaka terhadap aku.
kraaakkk kruuukkk.. sumpah lapar. aku pun kua la bilik tengok2 apa2 yang ada bole buat alas perut. bukak tudung saji. ada udang dengan sotong goreng tepung malam tadi. aku pun makan la sotong yang ada. perut aku makin pedih pulak. mengada nya. aku pun jerit kat dapo pepagi camtu seolah-olah da seminggu tak makan.

mak : kau kenapa?
aku : lapa..
mak : masak la sana.
aku : malas. mak tak buat sapan?
mak : ada. pisang goreng kat depan.
aku : tanak la. tak sedap. orang nak kua jap.
mak : belikan mak sokkabar sekali.
aku : okeee..

Memilih pulak. aku pun terus la salin baju dengan seluar. kumuh2 sikit dengan basuh muka dekat sink dapo. nasib baik mak aku takde. kalau tak sah2 aku kene ketuk lagi basuh muke dekat sink dapo.
layan jela. lepas tu. macam biasa. ala2 koboi bangun tido. mestila bakar cencurut kan? eh silap. cerut. tapi sebagai melayu yang tak berapa tulen aku lebih memilih rokok berbanding cerut. lepas sedut 2, 3 pam aku pun terus pegi kat kuda aku.

Lepas panaskan enjin kuda aku dalam setengah minit. aku pun terus memecut laju kuda aku ke kedai joe meniaga roti canai. ada nafsu yang perlu dipenuhi.
gila. belum penah lagi aku bangun tido dengan tak mandi tak apa terus kua uma cari sapan. nampak sangat lapa. sampai2 je aku kat sana. aku tengok joe tengah sibuk2 kacau akak yang tukang buat air. makan ular je cilaka seko ni.

aku : hoi! kau mari sini!
joe : eh? pagi kau datang? mimpi apa kau tadi?
aku : kau diam. aku lapa ni.
joe : air apa?
aku : teh ais dengan buatkan aku roti kosong dengan roti telur serba satu!
joe : ketawa setan jeling2 kat aku.

Tengah sedap2 aku makan. aku ternampak seorang manusia tak kenang budi. lebih tepat kalau aku kategorikan sebagai jahanam. walaupun dia seorang pegawai gerak am dekat tempat aku.
pegi mampos la. dia hutang aku 250 belum bayar. nak je aku update muka bodoh tu dekat sini. buat2 lupa da dekat setahun. BODOH! nasib baik aku ni jenis manusia tak reti nak mintak2. simpan jela dalam hati. orang tego aku tego. orang senyum aku senyum. dalam hati tuhan je yang tau.

Aku pun cepat2 makan taknak tengok muka dia lama2. dengar2 dia yang belanja anak2 buah dia semua sarapan kat situ. bukan aku pasang telinga. dah dia duduk sebelah meja aku pastu bebual kuat2. aku denga la. bukan kepoh.
ciss! duit aku pun tak bayar lagi sibuk nak belanja orang. macam sial. bentak aku dalam hati.

Lepas aku siap makan. aku pun nak pegi la bayar dekat kaunter. joe pon tau masalah aku dengan pegawai polis sorang ni. bodoh. makan duit haram je keje. tiba2 dia jerit dari kerusi dia. takpe2 boss saya bayar. dia jerit dekat bos restoran tempat aku makan tu.
bayar duit aku dulu la gila! takpe2 saya bayar. tah dari mana pulak suara lain menyampuk sibuk nak bayarkan jugak. 'aloo taiko. lama tak nampak?' sampuk si mata sepet tu lagi. taukeh pub tempat aku lepak dulu2. dulu2 la. terasa aku macam artis. berebut orang nak bayarkan untuk aku. lebih2 lagi bila orang panggil taiko. lebih2 lagi sekali lagi bila orang yang panggil aku taiko tu memang da dikenali taiko dekat pontian. terasa pangkat aku lagi besar dari taiko2 sedia ada.

aku : aiyo.. laupan! apa cerita? lama tak nampak?
ah wei : wa ada maa.. lu yang lama tak datang wa punya tempat taiko.
aku : hahaha! sori la laupan. wa manyak bz la sekarang.
ah wei : haha! tada hal maa. senang2 datang wa punya tempat. wa kasi bukak sama lu..
aku : hahaha! tengokla nanti bila2 wa datang.. tq ah..
ah wei : takpe la taiko. lu wa punya taiko maa..
*urut2 bahu aku
aku : haha! lancau! ok la wei. wa cau dulu!
ah wei : oke oke. nanti jumpa ah! wa tunggu..
aku : okeee..
sekadar nak sedapkan hati. da tanak da aku masuk sarang setan tu lagi.

Joe sekadar menjadi pemerhati 2 orang taiko besar pontian berbual.
da mula takut la tu. aku dapat rasakan joe da terkencing sikit2 bila tengok cara aku berbual dan bertepuk tampar dengan ah wei. ah wei memang dikenali dengan sikap ganas bodoh membabi butanya. tapi seorang yang berhati baik dan setia kawan. aku tau la. aku penah lepak dengan dia apa dulu2. korang ni tak berjiwa 1 malaysia la.

Balik rumah baru aku teringat besok ada tugas. aku ni salah sorang marshall yang berkaliber. so tunggula aku update besok. pada sape2 yang nak join pertandingan memancing yang menawarkan hadiah pertama 20,000 bolela register besok. seratus je. sape takde duit bole jumpa aku. jangan harap aku nak bagi pinjam. aku sendiri nak beli makan korek2 tabung. ciss!!





♥ Mr duke smiled ♥
3:59 PM
0 komen disini

e

♥ Tentang . Aku ♥


    InI aDaLaH AkU
    AkU tErPaNggIL uNtUk mEnULiS