<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d1106208503302881135\x26blogName\x3dIni+Adalah+Aku\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://aku-kay.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://aku-kay.blogspot.com/\x26vt\x3d4596330813943597730', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Wednesday, November 11, 2009

♥ aku dan kecelakaan



Kecelakaan itu sebenarnya..

Adalah pendek..


Petang semalam.. aku rasa gian nak memancing. lately ni aku rasa macam banyak sangat masalah yang datang. dah la orang tua aku tak sihat lagi. jadi aku pun bersetuju dengan otak aku yang da sarat dengan masalah ni nak pegi memancing. aku memancing dekat restoran tempat aku selalu melepak. bukan nak cari ikan besar2 pun. cuma nak buang masa sambil tarik ikan kecik2 buat lepas gian.

Nasib macam menyebelahi aku bila setiap kali aku hulurkan mata pancing. berebut2 ikan nak makan umpan aku. lega la sikit otak aku dari masalah2 bodoh yang melanda dapat tengok ikan2 duri makan mata pancing aku. tengah syok2 memancing tu. datang la seko makhluk pendek tak berbulu. keceburrrr!!! bersembur air laut kat muka aku lepas makhluk pendek tu baling batu bata. cilakak.. aku rasa pahala amal aku semalam habis macam tu je lepas berbakul2 susun ayat maki hamun dekat makhluk pendek tu.

Lepas puas gelakkan aku macam kene rasuk setan. makhluk pendek tu pun mendekati aku. cisss. tu nak bodek la tu suruh belanja minum. mati la kau. rupa2nya. dengan tangan kecik pendek macam batang penyapu tu dia seluk dalam seluar pegang benda haram dia. menggelabah jugak aku sekejap ingat dia nak kencing kat sebelah aku memandangkan aku duduk kat tangga jeti. kemudian dengan muka acuh tak acuh dengan selamba dia sapu kat joran aku yang aku dah pun campak kat kaki dia sambil mengeluarkan caci nista. aku dah jampi katanya. perlu ke aku berdiam diri? salah ke aku kalau aku menghadiahkan berbakul lagi kata-kata hikmat buat si pendek?

Terima kasih aku ucapkan pada si pendek. ya. terima kasih yang tak terhingga. kerana jampi dia yang penuh sial tu. mula2 si belin yang makan mata pancing aku. terpaksa putuskan mata kail. ikat baru. pastu sangkut pulak kat tunggul ke jin laut ke aku pun tak tau kat dalam air. tak terniat pulak aku nak terjun tengok apa yang tersangkut kat mata kail aku. ya. sekali lagi. ikat mata kail yang baru. dan hasilnya? mata kail aku tersangkut pulak dekat pokok nibung tempat para2 nelayan tambat bot diorang. dan sekali lagi mata terpaksa diputuskan. aku dapat rasakan yang kalau aku terus memancing cuma sial lain yang akan melekat dekat mata kail aku. babi pendek!! aku pekik kuat2 tanpa menghiraukan pendengaran orang lain dan dengan muka selamba. si pendek pun berlalu sambil ketawa macam setan.

Lepas kemas2 barang pancing. aku pun pegi la tempat joe bakar ikan. order nes ais. kopi ais yang sampai. layan.. si pendek pulak sibuk kejar si joe yang da tau si pendek baru lepas pegang benda haram dia. macam sial budak pendek ni aku cakap dalam hati ni. pengotor nak mampos. aku tak dapat bayangkan macam mana bini dia kat rumah agaknya. sabar jela dapat laki macam si pendek. joe pun sampai kat tempat aku termengah-mengah lepas kena kejar keliling restoran. si pendek masih lagi ketawa macam setan. untuk pengetahuan semua umur pendek dengan joe ni sekitar 35 taun. tapi perangai. bukan macam budak2 lagi. macam setaaaann adalah lebih sesuai untuk menggambarkan pe'el2 diorang ni. tak lama lepas tu bini si pendek datang kedai.

bini pendek : abg mana?
aku : apa abg2. dia abg bukan abg aku.
bini pendek : hahaha! cakapla. zai mana?
joe : jai da mampos
(geram sebab muka kena sapu dengan tangan jai. tangan jai pegang benda haram. jai = haram.)
aku : hahaha! jai! bini kau datang tu.!!
pendek : mana?
(buat2 tak nampak bini datang. eleh. takut bini la tu.)
bini pendek : lambai2 buat gaya ayu.
pendek : macam kene sumpah. terus pegi dekat bini dia.

pastu diorang pilih2 ikan yang nak dibakar. buat juadah malam nanti kot.

joe : takkan makan pari je. pari bulu la sedap!!
pendek : pari mak janda la ni! hahaha!
bini pendek : apa mak janda mak janda?! *cubit pinggang pendek
aku & joe : ketawa macam setan. sampai bergegar langit sekejap aku rasa.
joe : depan kawan2. macam hang tuah! dengan bini.. kene cubit diam? hahahaha!

kah kah kah!!!
(si pendek cuma bole tersengih macam mintak simpati tahan sakit. padan muka kau setan.)

Aku balik awal atas sebab2 yang perlu dirahsiakan. lepas maghrib. dan tertidur awal jugak atas sebab2 yang perlu dirahsiakan. aku terjaga dalam pukul 10 malam. konon2 nak online kejap. update blog katanya. tak sempat. si pendek datang dengan perasaan megahnya. aku pun pelik kenapa setan seko ni tak habis2 ganggu hidup aku. puas aku baca surah an-nas. berbuih-buih jugak mulut aku baca ayat kursi. tapi ternyata setan rendang ini sangat2 kebal. ya. sangat kebal.

Aku baru mintak tolong adik aku yang bongsu buatkan air untuk si tetamu lepas dia sibuk2 cakap nak air. macam sial. baru masuk terus order air. ingat rumah aku ni restoran ke? baru aku pegang mouse. telefon aku pulak berbunyik. adik aku yang blaja kat uitm shah alam nak balik. da sampai laken. tapi bas balik ke pontian semuanya dah disusun buat tukun je dekat stesen bas sana. terpaksa la aku pegi jb amek.

aku : wa tak bole pegi dekat2 sikit.?
adik aku : nanti la wa suruh ijut amik. kau amik wa dekat mcd taman u je eh.?
aku : bagus. mal nak mcChicken!
adik aku : ahhhh!
aku : kau balik sendiri!
adik aku : yelah..
(ijut tu bf dia la. lagi mau tanya. kepoh.)

Conclusion? aku terpaksa la bawak si pendek skali pegi jemput adik aku. sampai ada orang cakap kau suruh je si pendek tu tuka bin. bin harsat je. sibuk je. macam tau2 je aku nak pegi berjalan. pantang. hati aku sejuk sikit bila memikirkan ada mcChicken yang menanti. adik aku yang bongsu pon sebok nak ikut. ikut jela. apedehal. kitorang pon pegila naik kete mak aku. tapi mak aku tak ikutla. aku yang drive. cisss...

Balik dari amik adik aku. pendek pun terus start enjin keta dia. nak balik katanya. lega hati aku. lepas tu aku pun terus kua lagi pegi restoran. nak amik joran yang lias pinjam petang masa aku mancing tu. lepas kemas masuk dalam bonet. si pendek pon sampai. tengok muka aku je dia terus gelak macam setan. apa? muka ni macam badot ke gelak2? macam sial. bole aje bau kat mana aku pegi. apa ilmu setan la makhluk pendek ni pakai. kuat btol.

Aku pon tersadai la kejap dekat restoran tgk muvie kat astro. abes muvie aku terus lintang pukang balik. kalau tak nanti memang tak balik la aku jawabnya. sampai rumah. lepas berbual seketika dengan bini aku. ceh! da ada bini konon. aku pun terus la on lappy. niat di hati nak update blog. sambil2 tu aku layan la fesbuk. last2 aku berfesbuk je mengutuk orang sana sini. bila da penat. baru la aku bukak blog balik. dan. aku masih lagi belum menulis. apekejadahnya tangan aku yang gatal ni sibuk2 pegi cari layout blog pulak. sampai la azan subuh aku baru siap customize layout yang masih lagi nampak macam bodoh. pedulikkan. tiada perkataan berpatah balik dalam kamus hidup aku. dan. aku masih lagi tidak menulis 1 huruf pon dekat post aku. dan. mak aku da bangun suruh pegi semayang subuh dulu. hampir-hampir derhaka aku bila aku cakap jap la. dan. ya.. internet network hilang secara tiba-tiba bila suisnya ditutup. aku buat muka macam takde kesan apa2. logout lappy. masuk toi amik air semayang. solat subuh. dan. tido...


bersambung lagi..


♥ Mr duke smiled ♥
3:01 PM
1 komen disini

e

♥ Tentang . Aku ♥


    InI aDaLaH AkU
    AkU tErPaNggIL uNtUk mEnULiS